KPLV 2092
EP TOPIK 1
Keselamatan di bengkel teknologi kimpalan perlu dititikberatkan untuk
melindungi pelajar dan pensyarah dari berlakunya sebarang bahaya yang
boleh menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa.
Kepintangan utama
yang perlu didahulukan ialah melindungi kesihatan dan kesejahteraan pelajar.
Melindungi keselamatan pelajar amat penting untuk mengelakkan kecederaan kerana
mereka banyak terdedah dengan cahaya yang kuat, asap kimpalan serta bahan
kimia.Antara kepentingan keselamatan lain dibengkel kimpalan ialah untuk
meningkatkan produktiviti pelajar. Para pelajar dapat melaksanakan setiap
tugasan dengan lebih efisien dan fokus sekiranya persekitaran kawasan kerja
lebih selesa dan selamat. Selain itu, kepentingan keselamatan amat penting
untuk membangun kesedaran keselamatan para pelajar. Hal ini, dapat membentuk
budaya keselamatan dikalangan pelajar supaya budaya ini dapat bawa ke tempat
kerja selepas tamat belajar.
Antara tips yang boleh
diamalkan dari berlakunya sebarang kecederaan yang buruk ialah dengan memanfaat
penggunaan alat pelindungan diri. Pensyarah perlu memastikan
pelajar menggunakan pelindungan muka dan mata, sarung tangan dan apron kimpalan
bagi melindungan mata dari cahaya yang kuat serta percikan api semasa proses
mengimpal. Penyelenggaraan alatan perlu dilakukan berkala dan perlu dilakukan
dengan baik bagi mengelakkan sebarang kerosakan. Selain itu, setiap bengkel
kimpalan perlu mempunyai ventilasi yang baik bagi memastikan setiap ruang kerja
mempunyai pengudaraan yang baik untuk mengeluarkan asap dan gas
berbahaya. Disamping itu, setiap pelajar perlu menghadiri latihan keselamatan
berkala dan memahami prosedur kecemasan yang telah ditetapkan dibengkel
kimpalan. Pelajar juga perlu mengawal diri dan mengelakkan perilaku bahaya bagi
mengelakkan seberang kecederaan diri dan orang lain. Pensyarah pula, perlu
memberi pengawasan yang mencukupi ketika pelajar melakukan aktiviti kimpalan.
Akhir sekali, pelajar perlu peka dengan sebarang abnormal serta melaporkan
setiap insiden dengan segara kepada pengajar.
Kesedaran dan pengamalam keselamatan yang betul penting
untuk diterapkan kepada para pelajar bagi mengelakkan kemalangan
dan memastikan persekitaran kerja yang selamat.